Aku balik tidur rumah Mak , tengah malam tu dapat panggilan besday yg pertama dari keluarga angkat kat perak , tengah mamai tidur aku layan juga la . Pagi-pagi Mak dah masak nasi goreng dan cucuq pisang (feveret) . Mak sentiasa faham aku. Sebelum keluar celebrate seorang diri , Mak bagi aku bekalan , pastu kan Mak kiss aku <3 . Terima kasih mak , akir sentiasa sayang kat Mak :)
Tempat pertama aku pergi lepas keluar tempat kerja kawan aku , cc juga . online sat ja tak sampai 10minit sementara nak tunggu shopping complex bukak . lepas tu aku pun nak la motor EX5 lama aku tu (tiada kereta) p mall sorang-sorang , aku direct naik tingkat 5 tempat kerja kawan aku juga tapi tempat bowling. HAHA , puas gila aku sorang saja main 5game , bola jangan tanya la , ada longkang ada strike . ikut luck . Penat tangan main bowling aku lari jap tengok kaunter tiket wayang bukak tak lagi. Aku beli tiket crita Uncle Usin . Show pukul 2PM, ada masa lagi. aku pergi makan tengah hari dulu la. nak dekat jam 2 aku masuk dalam panggung, HAHA cerita tu boleh tahan jugalah , mula-mula ja kelakar lepas tu bosan skit .keluar wayang aku pergi main game token tu.Dalam pejalanan untuk aktiviti seterusnya, dalam keadaan hujan aku nyaris eksiden dengan 2 biji kereta ,, harey betul kereta tu, keluar ikut sukahati dia. 1inci lagi ja nak bertembung dengan kereta no.2 , kalau tak , tak la apa nasib. Lepas tu pegi Village Mall plak (mall 1 lagi) .Pergi tingkat 2 , karoeke lah, haha lawak juga suara tak sedap nak nyanyi karoeke. nyanyi 5 lagu pastu terserempak ngn 2 org kawan (haram kantoi plak) . Pergi Tesco, sebelah ja dengan mall tu. kacau kawan aku yg kerja kat sana . hahaha . habis bosan kacau orang dah tak tahu nak buat apa . balik tempat kerja tengok apa yg ada, kawan aku cakap boss datang , biasa lah dia kalau datang tiap-tiap tahun time hari jadi aku mesti nak belanja makan. tapi 1 hari suntuk ni aku off telepon :p .
Malam tu aku da masa lagi untuk call orang sebab ada masa free kan (Maxis) . call abah , kawan-kawan jauh , ex-gf , mak angkat. haha puas aku tlepon . pukul 11 pegi umah saudara kat atas bukit , tempat tu memang ngeri gila . gelap semua cukup, nak tak nak kena pegi juga lah sebab aku kena test baju pengapit untuk saudara aku kelak. nak pergi tu dah la sesat sebab lama tak datang , harem. nak balik tu pulak aku lalu kat 1 jalan gelap ni. TIBA-TIBA ada sepasang mata kat tengah jalan lepas lampu motor aku suluh jalan tu. Harey terkejut jap , rupa-rupa anjing besar. Kuang hajor punya anjing , nasib baik tak pengsan. haha . balik tumah terus tido :)