pejalanan dari Kedah-Perlis alhamdulillah lancar dan tiada masalah. Dalam pejalanan aku tak tahan ngantuk tidur (tak drive sebab balik kerja tak tido 12jam) , tengok-tengok dah sampai kampung.
masuk rumah trus cari tok wan , sayu , sedih sebab tok wan sebelum aku kenal ni sihat dan suka menyakat orangnya . sekarang terlantar baring atas katil yg berlapik kan tikar mengkuang . tidak mahu dilapik kan tilam yg empuk sebab dia dah terbiasa dengan tikar mengkuang jadi pengalas. aku respect tok wan sebab dia walau tengah sakit camtu , boleh lagi puasa 6 . tiba waktu buka atok akan pergi tolong dia , sediakan masakan untuk berbuka mahupun bersahur. Setiap kali nak makan ubat atok la orang pertama yang siap kan segalanya.Nak mandi atok tolong sediakan pakaian. Atok slalu jadi yg terbaik untuk tok wan. Senyum aku sorang-sorang tengok atok & tok wan . Best kalau bakal bini aku camtu . hehehe. Insyaallah . jodoh bukan kita yg set. orang lain bercinta bagai nak rak , last-last kawin ngn orang lain jugak. haha .
tu la kalau dapat bini macam atok , memey lah aku orang paling bahagia walaupun tahu atok kadang-kadang datang dia punya mulut laser(kadang-kadang) , hati tu lah paling aku nampak dari mulut dia. :)
No comments:
Post a Comment