Friday 2 November 2012

Al-Fatihah Allahyarham Ku Haris bin Ku Ali

9:30 pagi, 23September2012 , Simpang 4 , Perlis . Bangun dari tidur dapat panggilan dari Hospital Kangar .

"Diminta panggil sanak-saudara datang melawat pesakit, dah tenat . turun naik nafas," kata doktor pada Mak Long yg angkat telefon rumah atok.

Tak fikir banyak mandi , trus pergi melawat tok wan di hospital.  ni kali pertama aku tengok tok wan tenat depan mata , sbb aku sampai lewat malam tadi. Hospital pun tak boleh masuk time tu. Makna kata esok pagi ja lah aku tengok. Semua anak-beranak tok wan ada di keliling katil termasuk mak aku , anak ke-dua . Semua anak-anak membisik kat telinga tok wan .

" Ayah mengucap ayah 2 kalimah masyahadah".

 Dalam hati tak sedap duduk dah aku tapi aku tak jatuhkan air mata setitik pun. Tetiba ja Pak Ndak menyakat aku ,

"Jom , blanja pak ndak minum ka apa , tak kan balik saja . Dah lapaq ni." aku pun ia ja lah , turun lah ke kantin kami 2 orang ja.

Makan minum sat tak sampai 5minit, Pak Cik telepon,

 "Ayah dah tak da.."

Tak cakap banyak kelam kabut kami naik atas , tengok-tengok wajah yg tercungap tadi kaku diam. Perlahan aku pergi ke kaki tok wan, aku tatap betul wajah Tok Wan . Dalam hati aku sedekahkan Al-Fatihah manakala atok yg di sisi Tok Wan sedikit pun tidak menitis air mata. Kusyuk membaca Yaasin. Aku belakang kan diri , dan sandar pada dinding sambil tengok Tok Wan. Air mata jatuh tanpa aku tersedu. Mata aku merah menahan air mata , orang yg aku rapat dahulu pergi buat selamanya.

Selepas memandikan jenazah Tok Wan , Imam ada memberi peluang terakhir,

"Sesiapa nak kucup arwah buat kali terakhir di silakan. Ni kucupan terakhir kita buat dia. lepas ni tak jumpa dah."

Huh memang sentap , aku tak cakap banyak , jalan masuk bilik air mata memang tak dapat tahan . Basah habis baju melayu aku pakai. Sampai ke liang lahad aku mengangkat jenazah Tok Wan untuk dikebumikan . Pilu memang tak terkata orang yg agak rapat sudah tiada dan kembali kamar yg berdindingkan tanah.

2November2012 cukuplah 40hari. Maaf kerana tak dapat pulang ke kampugn untuk majlisnya.

Kalau dulu Tok Wan ni periang orangnya, hehe . Aku ingat lagi time budak² dulu , Tok Wan ada bela 4-5 ekor lembu ka trumah . Petang² Tok Wan akan panggil aku ,

"Jom nak ikut pergi bagi lembu makan rumput" lompat tinggi la aku . Rare kot kalau time dulu bawak lembu tepi jalan bagi makan rumput . haha. Lagi aku ingat kalau aku balik kampung dia mesti akan tanya ,

"haa tu akir dah bawak balik marka( gf )" . apa lagi mmg tak lah.

Kalau Raya Haji tiap² tahun , aku mesti jadi bodyguard Tok Wan tolong angkat daging lembu kami beli.
tapi tahun ni tak sempat nak beli sekali macam tahun² sudah. Tok Wan pergi lebih awal dari Raya Haji . Aku tak ikut mak beli daging pun tahun ni. Sebab aku balik kampung lewat sehari. Kalau nak di ingat sejarah memang kelakar arwah tok wan. Sebut ja nama Pak Ku Haris , boleh di katakan ramai orang kenal. femes jugak :p . Apa-apa pun macam orang lain selalu pesan Allah lagi sayang kan Tok Wan . Aku mesti redha dengan ketentuannya. Walaupun sakit , sihat , faktor tua Tok Wan mesti akan trus kan ibadah mcm puasa bulan Ramadhan , Puasa 6 , Solat 5 waktu ,solat Jumaat .  Moga segala amal ibadah Tok Wan diterima-Nya .

AL-FATIHAH , Allahyarham Ku Haris bin Ku Ali


*p/s : buat Tok Wan kesayangan , akir ingat boleh la kahwin sebelum Tok Wan pergi. tapi seruannya terlebih awal yg tak disangka  :")