Tuesday 21 May 2013

Thursday 14 February 2013

HE misses you

even though he is in the street


though he was in the middle of busy city



even though he is far from home

even though he is among the public
Although he tries to forget everything

Wednesday 9 January 2013

Salam 2013

salam buat 2013


sambutan tahun baru? tak dah kot , makin naik umur makin malas nak bersesak-sesak dgn ramai orang dekat dataran nuh , pergi tengok bunga api SHJ pun?budak-budak dulu boleh la, baik kerja , tidur , atau pun lagi afdal sambut dengan cara yg Ustaz Azhar Idrus anjurkan tu.

trasa baru semalam 2012 bermula , tahun lepas sudah pergi buat selamanya dan yah kita semua naik "1 level" lagi . Kubur masing-masing dah panggil "mari la, mari laa.." . Yang lepas semua dah lepas , yang tak lepas lagi ni masa akan datang . Kalau ramai kawan-kawan yg hilang cinta tahun lepas tu , cepat-cepat lah kahwin tahun ni. Aku? tenang dulu , selagi mak , atok tak cakap pasal kahwin kita sentiasa dengan kawan-kawan, haha Hi5!

Bukan aku nak bajet atau apa , ang pa rasa cinta tanpa perkahwinan ni penting ka ? semua orang pun tahu la slagi tak kahwin pastu "berkapel" ni dah kira jatuh tunang . Tunang tu dah kira HALAL ke cik? tunang tu baru mintak sign surat contract yg bukan permement dulu ngn mak ayah dia, bukan terkam macam tikus lapaq makanan kat tong sampah tu. Punggah sampah pastu selerak lari nampak orang mari halau. (Perumpamaan YANG FAILED!)  . Bukan tak bagus single ni , kadang-kadang fikir balik kalau terjerumus maksiat , siapa rugi? Elok boleh kumpul ibadah terus jahanam , aku sarankan pada diri sendiri dulu . Baik kejar ibadah kot , sebab apa? Kalau rezeki kita masuk syurga, (tapi bukan kita garenti masuk syurga , tp cuba la sdaya upaya) . aku kalau boleh hindar lah dari cari teman wanita aku ni , nak cari Isteri trus . Tak nak sudah , perempuan bukan sorang dalam dunia dan aku pun tak hadap perempuan yg tak nak kat aku pun.(aku TAK tujukan pada mana-mana wanita yg sebelum ni pun , mohon JANGAN terasa )

Cuba nak menyimpan kewangan, alkamklum la dah tua bangka , tahu la laki ni banyak nak kena siapkan . semua pakai pitih banyak . Dalam proses mencari kerja baru , kerja ni dok boleh nak nyimpan banyak sangat . Tengok lah , Insyaallah ada rezeki dari-Nya pasti ada.

Dah mula bosan dengan laman sosial ,  facebook , tweeter , skype , ym ,msn & dll . cuba kurang kan dan fokus kerjaya . Game-game pun aku cuba kurang kan sekarang ni , sebab aku tahu benda2 ni kalau tak da faedah (bagi sesetengah perkara banyak perkara buang masa aku buat kat sana) buat apa aku main betoi tak. *matang skit . haha . yah cuba kurang kan semuanya , fokus pada masa depan sikit .

Pada kawan-kawan yg dah kahwin dan  nak kahwin tahun ni aku ucapkan Tahniah lah sebab berjaya,  lepas kahwin si suami pandai-pandai la jaga isteri pulak noh , "Syurga yg ada bawah tapak kaki ayahya sebelum ni dah di kalis dekat bawah kaki si suami pulak" :)

aku senang ja , jodoh mai kita cuba sahut ja worait. Tidak lah aku sesempurna manusia lain kerana tiada apa yg benda dan perkara sempurna didunia sementara ni , melainkan segala suruhan Tuhan ku dan jauhi larangan-larangan yg telah ditetap oleh-Nya pada hamba-hambanya. sebab Setiap perkara ada hikmah sebaliknya.. salam :)

p/s : aku pun perasan jugak , kali ni update blog banyak ckp pasai perkahwinan =.=